Bukit ini mengambil nama Raja Engku Busu daripada Selangor yang dijemput Sultan Perak untuk mengawal keselamatan Selat Dinding pada tahun 1842 dari gangguan lanun. Ia merupakan bukit tertinggi di Lumut. Saya dan seorang teman mendaki bukit ini pada awal January 2023. Dengan menggunakan Google map dan bertanya pada seorang yang sedang berjogging, kami sampai di tapak parkir kaki Bukit Engku Busu.
Kami memulakan pendakian pada jam 08:00 pagi. Keseluruhan jalur ke puncak agak menegak. Jalur jelas, bertanda dan redup. Di beberapa bahagian jalur yang agak sukar, trek disokong ikatan tali untuk pendaki berpaut semasa proses pendakian. Sepanjang trek menuju puncak terdapat banyak simpang namun jalur akan bertemu di beberapa bahagian dalam perjalanan.
Terdapat 8 check point untuk sampai ke puncak. Sekitar sepuluh minit sampai ke puncak, terdapat simpang dan ruang untuk melihat pemandangan.
Kami berehat di puncak bukit Engku busu sekitar 25 minit dan bergerak turun pada jam 09:25 pagi. Kami sampai semula di tapak parkir pada jam 10:10 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan