Selasa, 3 Januari 2023

Mendaki Bukit 300 Telok Batik, Lumut Perak


Bukit yang sesuai untuk memanaskan badan dan memecahkan lemak. Memulakan aktiviti mendaki pada tahun 2023 ini saya dan dua teman mendaki Bukit 300 di Telok Batik, Perak. Menggunakan Google map kami terus sampai di tapak parkir di kaki Bukit 300. Setelah memakir kenderaan dan bersedia, kami mula mendaki pada jam 10:00 pagi. Trek ke Puncak Bukit 300 jelas bertanda dan redup.

Proses pendakian agak santai. Trek ringkas, banyak mendatar dan sedikit menaik berselang seli. Ada sembilan check point sepanjang trek menuju puncak dan check point sembilan adalah puncak. Di setengah bahagian trek terdapat tali untuk berpaut selain akar pokok yang kukuh. Sepanjang perjalanan ke puncak kami berselisih dengan ramai pendaki yang mendaki bersama keluarga dan anak kecil.






Kami sampai di Puncak Bukit 300 pada jam 11:05 pagi. Di puncak Bukit 300 lapang dan redup, terdapat beberapa tempat berehat yang beratap dan sebuah pondok. Tidak terdapat view puncak kerana puncak dikelilingi pokok-pokok yang agak besar dan rendang.


Setelah berehat sambil berbual dengan pendaki lain. Mereka menyarankan kami mendaki Bukit Engku Busu tidak berapa jauh dari Bukit 300 yang kebetulan kami rancang esok. Kami bergerak turun pada jam 11:35 dan sampai semula di tapak parkir pada jam 12:25 tengahari. 


Pendakian ke puncak mengambil masa kurang lebih satu jam secara sederhana. Parkir di kaki bukit ini percuma dan pendakian ke puncak bukit tidak memerlukan khidmat guide.

2 ulasan:

Ani n Mahadi berkata...

Hari tu kami berdua dah sampai di kaki bukit tapi takut nak naik sebab tak de org 😅. Next time nak try lagi. Lama tak baca blog ni. Jom bawak kami naik gunung luar Malaysia lagi.

Jurimahmohdariffin berkata...

Ok jer trek gunung ni...jelas dan mudah, nanti lain kali repet.... Naik naik gunung kat negara mana? Boleh saya check gunung tu ..lepas raya saya start gunung kuaq klu ada rezki