Telok Intan mempunyai banyak cerita yang menarik. Selain dari cerita khazanah bumi, sejarah peninggalan penjajah, bangunan lama dan landasan keretapi, terdapat satu lagi tarikan semulajadi di sini iaitu cerita Pulau Bangau di Sungai Perak.
Saya bersama seorang teman mengunjungi Pulau Bangau ini pada awal February 2023. Kami memulakan perjalanan menaiki bot dari jety Pulau Bangau di Bandar Telok Intan. Menaiki bot dengan tambang RM29 kami mengambil pakage A. Terdapat empat pakage yang ditawarkan oleh pengusaha bot dengan harga tambang mengikut tawaran tempat lawatan.
Sebelum memulakan perjalanan menaiki bot menyusuri sungai Perak ini, kami dikehendaki memakai jacket keselamatan dan pemandu bot yang bertindak sebagai guide menerangkan kepada kami apa yang boleh dan apa yang dilarang sepanjang sesi lawatan nanti untuk menjamin keselamatan.
Sepanjang perjalanan menyusur sungai ketiga terpanjang di Malaysia ini pemandu bot menceritakan tentang sejarah Telok Intan. Kami juga dibawa ke kapal sedut pasir. Menurut pemandu bot, sungai Perak semakin cetek dan proces menyedut pasir perlu dilakukan untuk mendalamkan dasar sungai bagi mengurangkan risiko berlakunya banjir jika hujan lebat.
Pemandu bot menunjukkan dua jenis pokok bakau yang terdapat di sungai Perak ini. Kami juga berpeluang memetik buah Berembang yang lebat berbuah dari atas bot. Menurut pemandu bot, buah Berembang ini mempunyai khasiat yang tinggi sebagai ubat batuk. Selain itu buah Berembang juga berbagai guna seperti asam sambal, umpan pancing ikan patin dan rasa masam buah Berembang juga sesuai untuk mencuci ikan.
Setelah menceritakan berbagai kisah Teluk Intan dan menunjukkan kepada kami beberapa tempat yang diceritakan sebagai fakta, kami akhirnya dibawa ke Pulau Bangau. Menurut pemandu bot, Pulau Bangau wujud secara semulajadi apabila benting pasir terbentuk di tengah Sungai Perak. Benting pasir sepanjang 1.3 kilometer dan lebar sekitar 400 meter ini menjadi kediaman burung bangau, burung hijrah dan beberapa jenis burung liar lain. Bilangan burung yang banyak ini dianggarkan sekitar 40 hingga 50 ribu ekor dan burung bangau merupakan burung yang paling banyak di sini.
Jika melawat ke sini, amatlah disyorkan pembaca bertanya dahulu masa air pasang. Ketika air pasang, pemandu bot boleh masuk ke dalam pulau tersebut agar kita berpeluang melihat bangau ini dari jarak yang dekat. Masa yang paling sesuai adalah waktu petang menghampiri waktu senja ketika kebanyakan bangau kembali pulang ke Pulau Bangau untuk bermalam. Ticket waktu lawatan ini dikenali sebagai pakage Hot Trip. Jika bot boleh masuk ke dalam pulau, kita juga berpeluang melihat anak bangau yang baru menetas di dalam sarangnya.
Kami tamatkan lawatan ke Pulau Bangau ini sekitar sejam dan kembali ke jety di Bandar Telok Intan. Pilihlah masa dan waktu yang sesuai jika anda bercadang ke sini. Jika bercadang ke sini:
Contact River Cruse Teluk Intan ke Pulau Bangau adalah +60 13-596 6301.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan