Lion's Head merupakan jalur pendakian paling popular di Cape Town. Selain tidak memerlukan permit, tidak juga mewajibkan khidmat guide. Kami memulakan pendakian pada jam 7:20 pagi. Jalur jelas dan terbuka. Pendaki disyorkan memakai topi jika mendaki waktu siang.
Mendaki ke puncak Lion's Head ini tidak sesukar mana kecuali di bahagian atas jalur menghampiri puncak. Jalur dibina melingkari gunung memberi pemandangan setiap sudut Cape Town. Kami nampak dengan jelas Table Mountain, Lautan Atlantik dan Bandar Cape Town yang meriah di bawah sana.
Kami sering berhenti sepanjang pendakian. Berehat sambil bercerita, menikmati dan merakam gambar pemandangan indah Cape Town. Cuaca hari itu sungguh baik dan cerah menambahkan semangat mendaki kami. Jalur Lion's Head tidak pernah sunyi dari jejak pendaki sepanjang tahun.
Menghampiri puncak, jalur agak merbahaya. Beberapa buah tangga besi dibina untuk memudahkan pendaki memanjat tebing batu yang tegak di tebing curam. Saya agak gayat bila berpaut pada tangga besi semasa mendaki ke atas. Namun rasa yakin dengan kekukuhan tangga besi sedikit sebanyak mengurangkan rasa gayat tersebut.
Jangkaan masa mendaki Lion's Head adalah sejam 30 minit hingga dua jam. Namun kami berharap tidak terlalu lama dari masa anggaran normal walaupun kami terlalu banyak berhenti.

































Tiada ulasan:
Catat Ulasan