Isnin, 15 Jun 2026

Bercuti di Johanesburg Afrika Selatan


Johannesburg merupakan bandar transit kami semasa kami bercuti di enam negara di selatan Benua Afrika. Berulang kali kami bermalam di bandar ini semasa percutian selama 21 hari. Kali pertama kami ke sini dari Kuala Lumpur. Kami transit ke sini untuk ke Bandar Capetown. Selesai percutian di Capetown kami pulang dan bermalam di sini sebelum transit ke Bandar Victoria Fall Zimbabwe. Sekembalinya kami dari Victoria Fall Town, kami bermalam lagi di bandar Johannesburg sebelum memulai perjalanan ke negara Eswatini dan Lesotho. Kali keempat kami ke Johannesburg pada hari ketujuh belas percutian kami setelah pulang dari negara Lesotho.


Masa ini musim bunga jacaranda hampir di penghujung. Namun di setengah jalan masih ungu dengan baki bunga jacaranda dan kami menikmati indah ungu jacaranda di akhir musim. Hari ke lapan belas kami bersiar di bandar di Johannesburg. Kami singgah di Masjid Ul-Ansaar.




Kemudian kami ke Johannesburg Botanical Garden. Di sana kami melawat pokok bunga rose. Selesai melawat botanical garden kami singgah di Masjid Raudhatul Islam di Roosevelt Park. Di hadapan masjid ini bunga rose putih sedang mekar berbunga. Di sebelah malam kami ke Nelson Mandela Square.






Hari ke sembilan belas kami ke Rosebank Art & Craft Market. Craft Market ini terletak di tingkat bawah bangunan. Berpuluh-puluh buah gerai menjual cenderahati, pakaian, perhiasan, ukiran dan kraf tangan product Afrika diniagakan di sini. Kami membeli cenderahati dan membeli belah di Mandela Mall seharian.







Kemudian kami ke Masjid Houghton. Bumbung Masjid Houghton yang berwarna putih ini agak istimewa kerana berbentuk separa bulat dan bertingkat-tingkat. Petang itu kami menyaksikan matahari terbenam Munro Drive View Point. Dari puncak bukit Munro Drive View Point, kami menyaksikan tompok-tompok ungu bunga jacaranda. 





Hari ke duapuluh kami ke Mandela House di Soweto. Dalam perjalanan ke sana kami singgah merakam gambar di depan salah satu stadium bola piala dunia yang diadakan di Afrika Selatan pada tahun 2010.



Melawat ke bekas kediaman Nelson Mandela pejuang Apartheid dan keluarganya ini dikenakan bayaran. Rumah ini kini dijadikan Muzium Mandela. Terdapat persembahan tradisional di luar rumah tokoh dunia ini. Kemudian kami ke Vilakazi Street yang berhampiran kawasan Mandela House. Sepanjang Vilakazi Street ini terdapat gerai menjual cenderahati dan cafe. Suasana agak sebuk dengan pelancong, persembahan bebas masyarakat tempatan dan urusan jual beli. 










Kemudian kami singgah ke Masjid Siratul Jannah. Masjid Siratul Jannah siap dibina pada tahun 2022 dan berwarna keemasan sehingga dijoloki Masjid Farrero. Seperti masjid-masjid lain di Johannesburg, Masjid Siratul Jannah menjadi tempat menuntut ilmu dan kelas agama kepada anak-anak tempatan.


Akhir sekali dalam perjalanan ke airport kami singgah di Constitutional Hill. Bangunan bekas penjara ini berfungsi sebagai pusat hak asasi manusia dan muzium yang menceritakan perjalanan tentang pejuangan dan pembebasan Afrika Selatan menuju demokrasi. Di penjara ini juga Nelson Mandela pejuang apartheid pernah dikurung.


Petang hari ke duapuluh kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan setelah transit di Dubai kami sampai di tanah air pada lewat malam hari ke duapuluh satu. Saya berharap berpeluang berkunjung lagi ke negara-negara lain di Benua Afrika ini lagi jika ada rezeki. Terima kasih Allah.

Jadual perjalanan
Hari 17
Lesotho ke Johannesburg.
Hari 18
Bersiar di Bandar Johannesburg 
Masjid Ul-Ansaar
Johannesburg Botanical Garden
Masjid Raudhatul Islam
Nelson Mandela Square
Hari 19
Rosebank Art & Craft Market
Mandela Mall
Nelson Mandela Square
Masjid Houghton
Munro Drive View Point
Nelson Mandela Square
Hari 20
Vilakazi Street
Nelson Mandela House
Apartheid Muzium
Masjid Siratul Jannah
Constitutional Hill.
18:00 Johannesburg - Dubai- Kuala Lumpur
Hari 21
08:30 Sampai Dubai
10:40 Dubai- Kuala Lumpur
21:55 Sampai Kuala Lumpur

Jumaat, 5 Jun 2026

Bercuti di Negara Lesotho


Hari ke enam belas perjalanan kami di Benua Afrika kami memandu dari Standerton Afrika Selatan ke negara Lesotho. Kami memasuki Lesotho melalui sempadan Maseru Bridge.



Setelah memasuki Lesotho, kami terus ke Maseru Mall. Kami berjumpa tuan rumah yang kami sewa di sini untuk mengambil kunci. Setelah check in kami keluar sekitar bandar Maseru. Kami melawat Thaba Bosiu Culture Village.





Thaba Bosiu Culture Village merupakan tempat yang menceritakan budaya dan sejarah Lesotho. Terdapat muzium yang memberi informasi tentang pembentukkan negara Lesotho. Contoh rumah-rumah adat tradisional Basotho, cafe, chalet penginapan dan berbagai kemudahan terdapat di kompleks ini.





Kemudian kami ke Bandar Maseru. Ibu kota Lesotho ini pada waktu malam tidak semeriah ibu kota negara lain. Kami cuma tidur semalam sahaja di negara Lesotho ini 



Hari ke tujuh belas rancangan kami mendaki ke Lion Hill. Kami bertolak awal pagi ke kaki bukit Lion Hill yang terletak dalam kawasan perumahan yang berpenduduk padat. Dari jalan raya kami memasuki jalan ke kaki bukit yang tidak bertar dan agak sempit di celah-celah rumah yang dibina agak rapat. 


Dari kejauhan kami nampak bongkah batu besar membentuk sebuah bukit yang menyerupai seekor singa yang sedang baring. Kami merakam gambar dari arah yang mengambarkan wajah singa. Dikatakan bongkah batu tersebut terbentuk seperti seekor singa termasuk bentuk badan dan ekor.




Kami sepakat tidak mendaki Lion Hill atau dikenali juga Lion Rock Mountain ini kerana kami bimbang tidak cukup masa walaupun kelihatan tidak begitu tinggi. Tambahan pula kami tidak menjumpai pintu jalur pendakian. Kami ke pasaraya untuk sarapan. Kemudian kami pulang ke rumah sewa dan terus check out untuk pulang menuju Johannesburg. Sebelum keluar dari negara Lesotho, kami ke di Bandar Maseru untuk membeli cenderahati di Basotho Hat.




Lesotho merupakan negara tertinggi di dunia di mana kawasan terendahnya sekitar 1400mdpl. Negara ini tidak berpantai kerana dikelilingi daratan negara Afrika Selatan. Dari bentuk muka bumi sepanjang perjalanan di sana, saya berpendapat Lesotho sebuah negara yang menarik walaupun kami tidak sempat menjelajah bumi Lesotho kali ini. Saya harap ada rezeki untuk datang lagi ke sini. Terima kasih Allah.

Isnin, 1 Jun 2026

Singgah di Negara Eswatini

 

Dalam perjalanan dari Kruger National Park Afrika Selatan ke Negara Lesotho, saya dan lima teman singgah sebentar di Negara Eswatini. Eswatini antara negara kecil di Benua Afrika. Kami singgah ke negara ini pada November 2025. Kami memasuki Eswatini dari sempadan Jeppe's Reef Afrika Selatan dan sempadan Matsamo di sebelah Negara Eswatini. Dari sempadan ini kami memandu ke bandar Mbabane sekitar sejam.




Sampai di Mbabane kami ke Craf Market dan shopping kompleks di tengah bandar. Kami membeli beberapa cenderahati tempatan sebagai kenangan dan koleksi.






Negara Eswatini bersaiz kecil tidak mempunyai pantai dan laut. Negara yang diperintah raja ini dikeliling daratan negara Afrika Selatan dan negara Mozambique.





Eswatini dahulu dikenali sebagai Swaziland dan negara ini bertukar nama pada April 2018. Dua sebab mengapa Swaziland ditukar ke nama Eswatini adalah kerana ingin mengembalikan nama asal Eswatini. Sebab kedua adalah untuk mengelak kekeliruan dengan negara Switzerland. Kami berjalan di sekitar bandar Mbabane, membeli cenderamata di Craf Market, berkunjung di shopping kompleks dan pasar buah-buahan sebelum bergerak kembali memasuki negara Afrika Selatan pada hari yang sama.
 







Kami keluar dan masuk negara Eswatini dari sempadan yang berbeza. Kami keluar Eswatini dari sempadan Ngwenya dan sempadan Oshoek Mpumalanga  Afrika Selatan. Terdapat sebuah masjid baru dibina di sempadan Oshoek dan kami singgah di masjid ini sebentar. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Standerton Afrika Selatan untuk bermalam. Terima kasih Allah.