Ahad, 19 Jun 2016

Pulau Gleang Karimunjawa

      Pulau karimunjawa meliputi 27 buah pulau dan untuk berkunjung kesemua pulau ini kita memerlukan masa percutian yang panjang. Antara pulau yang saya cadangan pembaca singgah jika anda bercuti di Karimunjawa adalah Pulau Gleang. Saya dan teman-teman singgah di pulau ini ketika melakukan activity snorkling untuk makan tengahari pada March 2016 semasa percutian kami di Pulau Karimunjawa.


       Dari kejauhan saya melihat pulau Gleang yang di keliling pasir pantai yang putih bersih dan air laut yang jernih berkaca semasa menuju ke arah pulau ini. Kami makan, mandi  dan berehat lama di pantai pulau ini. Tiada penghuni di pulau ini tetapi ada orang yang bertangungjawap membersihkan sampah di pulau ini.





       Kami asyik merakam gambar semasa berehat di pulau ini. Pasir pantainya yang putih dan halus saujana mata memandang sehingga seperti bercantum dengan Pulau Burung yang berada di hadapannya.


pulau burung







      Saya bercadang berkunjung ke sini lagi jika berpeluang bercuti di Pulau Karimunjawa di masa akan datang. Terima kasih Allah.


Jumaat, 17 Jun 2016

Senja nan merah di Pulau Karimunjawa


      Baik di puncak gunung mahu pun di tepi pantai di pulau, menyaksikan matahari terbit atau terbenam adalah antara detik yang selalu ditunggu. Saya dan teman-teman bercuti di pulau Karimunjawa pada May 2016 dan perasaan kami pun sama, ingin menyaksikan anugerah hebat dari YANG MAHA BESAR itu juga. Kepulauan Karimunjawa terdiri dari 27 buah pulau, 5 darinya berpenghuni manakala yang lainnya hanya dikunjungi pelancong yang bercuti.


      Saya menginap di Wisma Apung selama bercuti di pulau ini. Petang hari kedua di sini, kami singgah di Tanjung Gelam sekembalinya dari aktivity snorkling. Pantai Tanjung Gelam popular kerana keistimewaan pokok kelapa di tepi pantainya yang condong ke laut. Selain faktor pasirnya yang putih dan halus, ia juga menjadi antara tempat yang tepat menyaksikan matahari terbenam.






        Jika kita sampai di pantai Tanjung Gelam ini awal, kita boleh mandi di laut atau  minum petang. Di pantai ini terdapat sederet gerai menjual air kelapa, minuman dan gorengan. Satu lagi spot terbaik menyaksikan matahari terbenam di Karimunjawa adalah di pantai Batu Topeng. Saya dan teman-teman singgah di pantai ini dalam perjalanan pulang dari activity snorkling pada hari ketiga kami di sini. Pantai Batu Topeng ini  terletak di sebelah kiri pantai Tanjung Gelam di pulau Karimunjawa.




       Seperti juga di pantai Tanjung Gelam, pasir di pantai Batu Topeng juga halus putih dan airnya jernih. Kami mandi laut dan singgah minum di warung tepi pantai sementara menunggu matahari terbenam. Menariknya, di pantai Batu Topeng ini ada sebuah pondok atau wakaf yang dibina agak ketengah laut. Jika air laut pasang, ia kelihatan terapung di dalam air. Di pantai ini juga terdapat warung menjual air kelapa, minuman dan gorengan.






          Kuasa cahaya dari langit ini amat mempengaruhi kami sehingga semasa pemandu bot mengajak kami pulang, kaki kami masih melekat di pasir pantai Batu Topeng. Walaupun di atas bot, pandangan kami masih tertumpu kepada senja nan merah sehingga cahaya keemasan itu tenggelam ditelan laut. Terima kasih Allah.


Nota:
1-Pantai Tanjung Gelam dan pantai Batu Topeng boleh dikunjungi dengan menaiki bot.
2- Kedua-dua pantai ini juga boleh dikunjungi melalui jalan darat sekitar 30 minit  dari Alun-Alun Karimunjawa.

Khamis, 16 Jun 2016

Alun-Alun Pulau Karimunjawa


       Saya memang suka ke pasar malam, membeli makanan yang beraneka rasa mengikut selera dengan harga yang murah. Tetapi makanan pasar malam di Alun-Alun Pulau Karimun memang sedikit berbeza dengan di Malaysia. Kebanyakan makanan yang dijual di pasar malam ini adalah makanan laut. Yang menariknya terdapat banyak gerai menjual lobster bakar.





       Pasar malam ini dibuka di tepi padang di Alun-Alun Pulau Karimunjawa bermula lewat petang sehingga lewat malam bergantung kepada bilangan pengunjung. Pengunjung yang ingin menjamu selera boleh makan di tempat yang disediakan di padang. Selain makanan dan minuman, terdapat juga penjaja yang menjual pakaian, cenderahati dan perhiasan di pasar malam ini.




Tempat makan di pasar malam Alun-Alun


       Saya berkunjung ke pasar malam ini setiap malam  semasa bercuti di Pulau Karimunjawa. Harga seekor lobster bakar 100 ribu (kurang lebih Rm 30). Selain ke pasar malam, saya dan kawan-kawan juga mengunjungi Bukit Love di Pulau Karimun ini. Bukit Love terletak di dusun Jatikerep Pulau Karimun. Di sini adalah antara tempat terbaik menyaksikan matahari terbenam. Ticket ke Bukit Love ini 10 ribu seorang. Di bukit ini terdapat binaan batu tulisan Karimunjawa, sarang burung buatan dan sebuah kedai cenderahati.






        Saya dan teman-teman juga menziarahi makam Sunan Nyamplung iaitu putera Sunan Muria yang menjumpai Pulau Karimun. Menurut cerita penduduk setempat, Sunan Muria iaitu salah seorang walisongo mempunyai seorang anak yang nakal bernama Syekh Amir Hasan atau lebih dikenali sebagai Sunan Nyamplungan. Sunan Muria telah menghantar puteranya ke Pulau Kremun-Kremun yang bermaksud kabur untuk mendalami ilmu agama dan pulau Kremun-Kremun ini telah dikenali sebagai Pulau Karimun.

Makam Sunan Nyamplungan


          Kepulauan Karimunjawa terdapat sebanyak  27 pulau, 5 dari pulau ini berpenduduk iaitu pulau Karimun, Kemujan, Nyamuk , Parang dan Genting. Sejak March 2001 Pulau Karimun telah diangkat taraf menjadi taman nasional. Penduduknya kebanyakan dari suku Jawa, Bugis dan Madura.


Nota:
1- Pulau Karimunjawa boleh dikunjung malalui jalan air dari Pelabuhan Tanjung Emas Semarang atau Pelabuhan Pantai Kartini Jepara.
2- Pulau Karimun juga boleh dikunjungi melalui jalan udara dari Semarang dan Surabaya.

Rabu, 15 Jun 2016

Wisma Apong, Pulau Karimun


       Setelah hampir setahun mengintai ticket murah ke Semarang, akhirnya saya dan teman-teman berjaya membeli ticket Airasia dengan harga mengikut bugged kami untuk bercuti ke Pulau Karimunjawa pada May 2016.


       Saya dan 11 orang teman memulakan perjalanan dari Semarang airport menuju Jepara dengan kenderaan yang di sewa. Perjalanan ke kota ukir Jepara ini mengambil masa kurang lebih 3 jam. Di Jepara kami bermalam di Pantai Kartini kerana bot laju dari Jepara ke Pulau Karimun bertolak pada jam 9:00 pagi. Pulau Karimun boleh dikunjungi dengan menaiki bot laju atau ferry dari pelabuhan di Semarang atau Jepara namun perjalanan dari pelabuhan Semarang cuma beroperasi pada hari-hari tertentu sahaja, manakala dari pelabuhan di Jepara bot laju dan ferry beroperasi setiap hari dan salain factor jarak yang lebih hampir di antara Jepara dengan Pulau Karimun berbanding Semarang. Kami sampai di Pulau Karimun keesokan paginya sekitar 11:15 pagi setelah menaiki bot laju kurang lebih 2 jam 15 minit.



         Dari jetty Pulau Karimun kami menaiki van menuju jetty ke Wisma Apung di mana kami akan menginap selama bercuti ke pulau ini. Jarak antara ke dua jetty ini sekitar 5 hingga 10 minit menaiki van.




       Wisma Apung merupakan antara tempat penginapan yang menjadi pilihan di kalangan pelancong di Pulau Karimun. Kedudukannya yang agak ke tengah laut memberikan hak persendirian kepada pelancong. Pilihan penginapan lain di Pulau Karimun adalah homestay di Pulau Karimun besar, resort dan hotel. Saya tertarik menginap di Wisma Apung kerana keistimewaan memelihara ikan yu di bawah penginapannya dan pelancong boleh bermain bersama ikan yu yang jinak ini.







        Menurut Dhia yang menguruskan Wisma Apung, pada awalnya terdapat sebanyak 30 ekor ikan yu yang dipelihara. Setelah memberi sebanyak 8 ekor kepada Kura-Kura Ocean Park di Jepara, 8 ekor lagi di pemeliharaan ikan yu di Karimun, kini tinggal sebanyak 8 ekor sahaja di Wisma Apung setelah yang lainnya mati. Pada asalnya Wisma Apung merupakan tempat pemeliharaan ikan dalam sangkar, namun kemudian Wisma Apung telah di transfomasi menjadi tempat penginapan oleh aruah bapa Dhia sekitar tahun 2004, cetusan idea sahabat bapanya dari luar negara. Namun bapanya meninggal dunia beberapa tahun kemudian dan kini ibu, adik dan Dhia sendiri menguruskan Wisma Apung. Wisma Apung didirikan di atas karang dan benting pasir. Percubaan pertama cuma dibina 3 kamar, namun sekarang telah mempunyai banyak kamar termasuk kamar yang berhawa dingin.







Pemandangan di belakang kamar di Wisma Apung
         Matahari terbit tidak jelas dari Wisma Apung kerana terlindung oleh Pulau Karimun yang terletak di hadapannya tetapi pemandangan matahari terbenam memang tidak mengecewakan. Jika pembaca ingin bercuti ke Pulau Karimun saya cadangkan anda menginap di sini kerana harganya yang agak berpatutan dan kemudahannya yang sederhana.


        Wisma Apung juga menyediakan makanan sepanjang penginapan anda di sini. Pakage menginap di sini juga termasuk activity snorkling, melawat pulau-pulau  dan lawatan darat di Pulau Karimun besar. Namun pengunaan air haruslah berjimat kerana air diambil menggunakan tong dari Pulau Karimun dan tiada letrik di waktu siang kerana genarator cuma beroperasi di waktu malam.

Nota:
1- Pulau Karimun boleh dikunjungi dengan menaiki bot laju dan ferry dari pelabuhan Pantai Kartini di Jepara atau pelabuhan Tanjung Emas di Semarang (mengikut jadual).
2- Pulau Karimun juga boleh dikunjungi melalui penerbangan dari Semarang dan Surabaya.