Pintu masuk Pulau Nami. |
Feri ke Pulau Nami. |
Pulau Nami atau Namiseom ini sangat unik kerana mempunyai wajah yang berbeza setiap kali Korea bertukar musim. Kerana itu pelancong akan ke sini berulang kali untuk menyaksikan permandangan indah pulau ini yang bertukar rupa walaupun kita bergambar dan berdiri di tempat yang sama. Ini bermakna perkara biasa sekiranya pengunjung datang ke Pulau Nami paling kurang 4 kali tetapi di musim yang berbeza.
Di Pulau Nami terdapat beberapa galery, museum, kedai cenderamata, restoran, taman mainan, hotel dan macam-macam lagi. Terdapat juga Restoran halal dan surau. Pulau yang dibuka sepanjang tahun ini dibina dan dijaga serba indah bagi memberi kepuasan kepada pelancong. Setiap sudut di pulau ini pasti mendapat perhatian dari pengunjung terutama sekali patung pelakon drama "Winter Sonata", seolah-olah tanpa bergambar di patung pelakon itu album gambar tidak lengkap.
Pulau Nami juga menjadi pusat acara-acara kebudayaan dan seni di Korea. Pulau ini di kelilingi pokok di tepinya dan padang rumput di tengah. Republik Pulau Nami ini dicipta seolah-olah ia adalah sebuah negara asing dan bukannya di bawah jajahan negara Korea Selatan, kerana ticket masukanya berupa visa.
Deretan pokok lokasi pengambaran drama "Winter Sonata". |
Gerai kuih Pau. |
Setelah seharian di Pulau Nami, kami berangkat pulang. Terdapat taman bunga di hadapan stesen keretapi di Gapyeong dan saya terus bergambar di sana sementara menunggu keretapi ke bandar Seoul.
Nota;
1- Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Korea.
2- Harga ticket (visa) ke Pulau Nami adalah 8,000 won termasuk tambang feri pergi dan pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan