Chelet di Dragon Inn. |
Setelah menaiki bot hampir 2 jam, kami sampai di Pulau Kapalai. Pulau Kapalai terbina dari karang di tengah laut dan tidak terdapat pokok walaupun ia sebuah pulau. Terdapat lebih 30 buah chelet yang dibina dari kayu di atas tebing karang dan binaan cheletnya kelihatan mewah dan cantik. Sipadan - Kapalai Dive Resort ini menjaga alam sekitar dengan menggunakan semula sisa buangan sebagai baja.
Kami cuma bergambar di resort pulau ini dan membeli sehelai t-shirt sebagai cenderamata. Terdapat sepasukan tentera di pulau ini untuk menjaga keselamatan pelancong. Kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul yang berjarak 15 minit menaiki bot.
Saya pernah ke Pulau Sipadan pada tahun 1996, setahun sebelum kumpulan Abu Sayab melakukan kes penculikkan ke atas pelancong yang menginap di pulau itu. Pada masa itu terdapat 3 chelet di Pulau Sipadan dan kerana kes penculikkan yang mengemparkan dunia, chelet di pulau tersebut telah ditutup untuk penyelam laut dalam atas sebab-sebab keselamatan. Pulau Sipadan merupakan satu - satunya pulau di Malaysia yang terbina daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Khazanah alam bawah lautnya sangat bernilai sehingga tersenarai antara yang tercantik di dunia. Pulau Mabul yang terletak berdekatan Pulau Sipadan iaitu kira-kira 15 km telah menjadi tempat untuk pelancong bermalam di mana chelet yang selesa lagi mewah dibina dan terdapat 6 buah resort di Pulau Mabul.
Di Pulau Mabul juga terdapat pasukan tentera yang menjaga keamanan dan keselamatan pelancong dan penduduk tempatan. Terdapat 2 buah kampung nelayan di Pulau Mabul iaitu Kampung Mabul dan Kampung Musu. Penduduk di Pulau Mabul melebihi 2000 orang yang kebanyakannya penghijrah dari Kepulauan Selatan Filipina, termasuk Bajau Laut dan Suluk Muslim yang hidup di dalam rumah bot dan berpindah randah. Di Pulau Mabul juga terdapat masjid dan sekolah. Pilihan penginapan yang lebih murah juga ada terdapat di sini seperti homestay dan backpacker untuk pelancong.
Anak-anak Pulau Mabul. |
Setelah berehat dan bergambar di Pulau Mabul, kami pulang Dragon Inn di Semporna untuk bermalam. Saya bercadang datang ke sini lagi tetapi bermalam di homestay ataupun di backpackers di Pulau Mabul jika ada rezeki di masa akan datang.
Nota:
1- Sebuah bilik di Dragon Inn berharga Rm 70 pada tahun 2009.
2- Sebuah bot berharga Rm 450 untuk ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul tahun 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan