Selasa, 16 Februari 2016

Kathmandu destinasi shopping para pendaki, makanan halal dan tempat lawatan menarik

       Kali pertama saya ke negara pergunungan ini adalah pada akhir February 2007. Saya bersama 3 teman menghabiskan 16 hari di negara yang tiada berpantai dan laut ini. Tujuan kami, bermain salji di Poon Hill, rafting di sungai Trisuli, menunggang gajah di Taman Negara Royal Chitwan dan baki hari percutian itu kami habiskan di sekitar bandar Kathmandu dan berehat di Nagarkot. Kathmandu adalah ibu negara Nepal dan sekaligus merupakan kota terbesar di Nepal yang terletak di Lembah Kathmandu. Kota tua ini terkenal dengan banyaknya jumlah kuil dan istana Buddha dan Hindu yang kebanyakannya telah dibina semula pada kurun ke 17, namun banyak bangunan lama ini telah rosak dan musnah akibat gempa bumi.


       Setiap kali saya trekking ke sana, baki hari saya bercuti saya habiskan di Kathmandu untuk berehat, membeli-belah dan melawat sekitar bandar. Membeli-belah tentulah di Thamel Road yang terkenal sebagai Hong Kong nombor 2 kata teman di Pokkara. Banyak kedai yang menjual barangan outdoor, kedai perhiasan rumah, lukisan, buku, pakaian, barangan antik, senjata seperti pisau dan berbagai lagi dijual di sini. Jika anda ke Nepal jangan lepaskan peluang berbelanja di Thamel Road terutama untuk barangan pendakian dan aktivity outdoor.

Thamel



         Agenda pertama kami di Katmandu pada tahun 2007 adalah melihat Gunung Everest dengan mata dan kepala kami sendiri. Hajat ini tertunai bila kami membeli ticket pesawat Buddha Air yang dikhaskan untuk menyaksikan deretan gunung di Banjaran Himalaya. Kami bertolak dari hotel seawal 5:00 pagi ke lapangan terbang kerana penerbangan diadakan setiap hari pada pukul 6:00 pagi. Pesawat kecil yang memuatkan 18 penumpang ini diterbangkan selama 1 jam perjalanan pergi dan pulang. Ketika di dalam penerbangan, matahari terbit dan saya melihat pemandangan di Banjaran Himalaya yang sangat cantik dan pilot memanggil penumpang seorang demi seorang untuk menunjukkan puncak-pucak tinggi seperti Everest, Lhotse dan Nuptse. Setelah penerbangan selama sejam berakhir, kami membeli sekeping sijil dari pihak penerbangan Buddha Air sebagai cenderahati. T-shit kenangan juga dijual di dalam pesawat ini.


 



         Setelah mendarat, kami terus ke Nagorkot yang terletak 32 km di timur Kathmandu. Kami menyewa sebuah van untuk 2 hari bagi memudahkan perjalanan kami. Nagorkot sebuah perkampungan kecil yang sedang membangun dan sesuai untuk berehat. Di sini activity utamanya adalah melihat matahari terbit di atas sebuah bukit. Terdapat banyak hotel di kampung kecil ini dan kami bermalam di sini. Perjalanan ke Nagorkot yang melalui jalan bengkang bengkok menyebabkan saya sedikit mabuk. Keesokan paginya kami dibawa menaiki sebuah bukit, dan perjalanan manaiki van ke bukit ini mengambil masa kurang lebih 15 minit. Terdapat ramai pelancong dari Korea di puncak ini dan nampaknya kami berkongsi cahaya matahari terbit pagi itu dengan pelancong serata dunia dengan cara yang berbeza. Ada di antara mereka sembahyang dan berdoa di saat matahari muncul separuh hingga nampak sepenuhnya. Pengunjung yang lain ada yang menjerit, bersorak dan bertepuk tangan.



        Setelah bergambar sambil menyaksikan matahari terbit, kami pulang ke hotel untuk bersarapan dan meneruskan jadual lawatan kami. Seterusnya dalam perjalanan pulang ke Kathmandu, kami singgah di bandar Bhaktapur. Bhaktapur telah tersenarai sebagai bandar warisan dunia oleh UNESCO. Bandar yang terletak 13 kilometer dari pusat bandar ini dibina seawal kurun ke 12 dan dibina semula pada kurun ke 17. Untuk masuk ke bandar ini, pelancong dikenakan bayaran ticket sebanyak USD 10 setiap orang. Di kota tua ini terdapat istana dan kuil. Di setengah kuil di bandar Bhaktapur pengunjung tidak dibenarkan masuk.

Ticket masuk ke bandar Bhaktapur.

Nyatapola temple.

Bhairavnath temple.



Di sebatang jalan di bandar Bhaktapur.



Antara activity penduduk di bandar Bhaktapur.



         Setelah kembali ke bandar Kathmandu, kami bermalam di bandar tersebut sebelum pulang ke Malaysia. Makanan halal di Katmandu boleh didapati di Restoran Annatolia, Restoran Kashmir dan Restoran Almadina.

Penjual kacang di bandar kathmandu.



       Kali kedua saya ke Nepal, saya mempunyai sedikit masa terluang. Jadi saya ke Monkey Tample yang merupakan salah satu tempat yang diwar-warkan kepada pelancong. Di sana saya cuma menyaksikan gelagat penjual tepi jalan di kaki lima kuil.

Pintu masuk Monkey Tample



Beberapa kali seterusnya saya ke Nepal, terdapat beberapa buah lagi tempat makanan halal dibuka di Thamel Road seperti Zheng Gue Lanzhou Ramen Restaurant dan Restauran Nepal Tara yang terletak di tinggat 5 Hotel Nepal Tara. Restaurant ini menghidangkan masakan Malaysia dan Indonesia.




Nota:
1- Ticket pesawat untuk melihat Gunung Everest adalah USD 132 pada tahun 2007.
2- Ticket masuk ke bandar Bhaktapur adalah USD 10 pada tahun 2007, tapi harga pada tahun 2015 adalah USD 15.


Tiada ulasan: