Isnin, 7 Oktober 2024

Bercuti di Cherating Pahang


Setelah beberapa malam menginap di Telok Cempedak, saya dan seorang teman meneruskan percutian ke Cherating. Seorang teman turut serta dan kami bertiga menghabiskan masa tiga hari dua malam di sana. Dalam perjalanan ke Kampung Cherating, kami singgah merakam gambar di Batu Penyu dan minum di Astaka Pantai Batu Hitam. 


Kami bermalam di Backyard Cabana Cottage & Studio di Kampung Cherating Baru. Petang itu setelah check in kami berehat dan kemudian kami ke Kampung Cherating Lama kerana malam itu kami mengambil pakage aktivity melihat kelip-kelip.


Sementara menunggu waktu malam, kami melawat Kampung Cherating Lama. Sebelum memulakan aktiviti menyusuri Sungai Cherating, kami dan pengunjung lain diberi taklimat ringkas sekitar 20 minit. 



Aktivity melihat kelip-kelip berlangsung selama sejam menyusuri Sungai Cherating dan setelah selesai kami pulang ke penginapan. Keesokan paginya kami mengambil pakage ke Pulau Ular. Kami berangkat dari tempat penginapan sekitar jam 7:30 pagi menuju ke jetty Kampung Sungai Ular. Dalam perjalanan kami singgah membeli nasi lemak. Bekalan makan dan minuman lain telah kami sediakan semalam.


Parking di sini luas dan percuma. Setelah bersedia, pemandu bot membawa kami ke Pulau Ular. Perjalanan mengambil masa tidak sampai sepuluh minit. Kami di tinggalkan di Pulau Ular dan diberi jacket keselamatan dan peralatan snorkling. Masa untuk pulang, kami perlu menghubungi pemandu bot 30 minit lebih awal.




Di sebelah Pulau Ular terdapat Pulau Helang. Menurut pemandu bot, dahulu terdapat sepohon pokok yang bila dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti bentuk seekor helang yang sedang mengembangkan sayapnya. Burung-burung pula suka hinggap di pokok tersebut, sayangnya pokok tersebut telah tumbang.



Tidak terdapat kemudahan asas seperti tandas dan pondok di Pulau Ular. Pengunjung yang bercadang mengunjungi Pulau Ular dicadangkan membawa makanan dan minuman secukupnya, tikar ataupun alas tempat duduk dan peralatan yang sesuai untuk kemudahan masing-masing.



Kami pulang semula ke jetty Pulau Ular sekitar jam dua petang. Keesokan paginya kami menyaksikan matahari terbit sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing.

Contact:

Hafiz kelip-kelip kuantan: 0179831736. 

Pulau ular bot: +60 17-965 2634. 

Backyard Cabana Cottage & Studio:+60 11-2190 1216

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bestnya, Pulau Ular tu sekadar "nama" atau ada banyak ular?

Jurimahmohdariffin berkata...

Sekadar nama tuan...best pulau tu..air jernih.