Ahad, 19 Oktober 2025

Berkunjung ke pasar pagi Baling Kedah


Salah satu yang menarik di Baling Kedah ini adalah berkunjung ke pasar pagi atau Nat yang berlangsung setiap hari Ahad dari awal pagi hingga tengahari. Di pasar ini terdapat ratusan gerai yang menjual barangan hasil tempatan dan diniagakan dengan harga yang murah.




Berbagai jenis kuih muih dan makanan tradisi tempatan boleh didapati di sini selain sayur-sayuran dan ulam-ulaman kampung juga dijual dengan harga yang amat murah. Buah-buahan yang sukar didapati juga kadang-kala dipasarkan di sini.





Jika berkunjung ke Pasar Pagi Baling jangan lupa bawa tempat menyimpan barangan basah kerana harga ikan segar di sini juga murah. Selain hasil laut yang murah, siput-siput dari alam air tawar juga mudah didapati di pasar ahad ini.



Selain pakaian, perhiasan diri, ubat-ubat tradisional dan makanan, peniaga tempatan juga menjual binatang ternakan dan peliharaan seperti ayam, itik dan ikan.




Jika penat berjalan, singgahlah menjamu selera di gerai-gerai makan yang terdapat di pasar pagi ini. Cuba roti canai sarang burung yang dihias dengan sayur hijau brokoli.


Pasar pagi ahad di baling beroperasi di tengah Bandar Baling setiap hari Ahad dari awal pagi hingga tengahari. Di tempat yang sama juga setiap petang hari Sabtu diadakan pasar malam. Tempat letak kereta juga luas.

Tiada ulasan: