Saya dan empat teman camping di Amba Waterfall Campside 3 hari 2 malam pada awal September 2025. Hari pertama setelah mendirikan khemah, kami mandi di sungai dan masak untuk makan malam.
Hari kedua, sebelah pagi saya dan seorang teman pergi mendaki Bukit Liman Kati. Jarak Amba Campside ke starting point Bukit Liman Kati sekitar 13 kilometer. Selesai mendaki Bukit Liman Kati kami menziarahi teman lama saya yang tinggal di sekolah pondok di Kuala Kangsar tidak berapa jauh dari Bukit Liman Kati.
Dalam perjalanan pulang ke Amba Waterfall Campside, kami singgah di Kampung Labu Kubong. Kampung ini viral di media sosial kerana suasana damai kampung yang dikelilingi sawah padi dan tali air yang jernih tempat anak-anak kampung mandi manda.
Petang hari kedua kami menghabiskan masa mandi manda, masak, makan dan bercerita hingga lewat malam di campside.
Hari ketiga, selepas sarapan kami trekking ke Bukit Batu Ampar View Peak. Dari Amba campside kami trekking sekitar 20 minit ke Ampar View Peak ini. Sebenarnya Ampar View Peak terletak di dalam kawasan kebun persendirian Paya Lintah Hillside. Semasa kami masuk ke kawasan Paya Lintah Hillside, kami menyapa pemilik kebun dan meminta kebenaran ke Ambar View Peak seperti adat orang berkunjung.
Pemilik Paya Lintah Hillside memberi kami sepotong nangka hasil kebun mereka. Kami berbual seketika. Menurut mereka, ambar view point terletak dalam kawasan kebun mereka dan tiada bayaran dikenakan untuk ke sana. Namun menjaga kebersihan amatlah dititik berat. Di Paya Lintah Hillside juga terdapat beberapa buah pondok untuk bermalam. Mereka juga mempelawa kami bermalam di tempat mereka bila tiba musim durian nanti. Setelah berehat seketika di Ambar View Peak, kami kembali semula ke tapak khemah, makan, mengemas barang dan mandi sebelum pulang.
Contact Amba Waterfall Campside: 019 8503952
Contact Paya Lintah Hillside:0198633659
Tiada ulasan:
Catat Ulasan