Ahad, 12 Mac 2017

Gunung (Doi) Inthanon Kew Mae Pan Nature Trail


      Walaupun ketinggiannya mencecah 2565 mdpl, namun puncaknya merupakan antara puncak paling mudah untuk dicapai. Gunung Inthanon atau dalam bahasa Thailand bermaksud Doi Inthanon ini merupakan bumbung negara Thailand, yang berdiri di Banjaran Himalaya yang menganjur dan terletak di Taman Negara Doi Inthanon di Chiang Mai, 700 kilometer utara Bangkok. Saya ke sini pada awal March 2017 dan menyertai "open trip" untuk pakage ke gunung ini. Dari Chiang Mai saya bertolak seawal 7:00 pagi setelah pemandu van menjemput semua peserta yang menginap dari berbagai  hotel. Jarak Taman Negara Doi Inthanon sekitar 100 kilometer dari Chiang Mai dan perjalanan mengambil semasa sekitar 1 jam 30 minit. Terdapat trail pendek dari parking kenderaan di puncak gunung ini. Trek ini dibuka sepanjang tahun dan 20 minit diperlukan untuk menuju puncak tertinggi Negara Thailand ini.






       Tidak puas trekking di trail yang pendek ini, kita boleh trekking di salah satu trail yang popular di gunung ini iaitu Kew Mae Pan Natura Trail. Berbeza dengan trail pendek di puncak gunung Inthanon ini, Kew Mae Pan Trail cuma dibuka 7 bulan sahaja setahun iaitu dari November hingga 31 May, manakala bermula 1 June hingga 31 October trail ini ditutup kerana musim hujan.



      Di Kew Mae Pan Natura Trail terdapat 21 point tempat berehat dan melihat pemandangan dan 2 hingga 4 jam diperlukan untuk menghabiskan trekking di trail ini. Kami memulakan trekking di trek ini sekitar jam 11:10 minit  pagi setelah melawat taman bunga dan 2 pagoda Raja dan Permaisuri di puncak gunung ini. Setelah melaporkan diri, kami seramai 8 orang peserta diperkenalkan kepada guide yang akan menunjuk arah dan menemani kami sepanjang trekking nanti.



       Di permulaan trek agak mendatar dan kami melalui hutan pokok berlumut. Kami melintasi sebuah air terjun yang kecil setelah trekking sekitar 10 minit, trek melalui  hutan pokok yang redup dan terjaga rapi. Setelah trekking sekitar 40 minit akhirnya kami sampai di trek kawasan terbuka.




        Trekking di kawasan terbuka ini kita bebas menyaksikan panorama di Gunung Inthanon dan angin pula bertiup nyaman. Kami trekking di padang rumput ini sehingga sampai di point ke sembilan di mana tempat terbaik melihat panorama di trek ini. Pelantar kayu dan bangku dibina di tebing point ini agar pengunjung selesa menyaksikan pemandangan sambil berehat menghidu udara segar.






     Setelah berehat kurang lebih 20 minit di sini, kami meneruskan trekking menyusuri tebing di gunung ini dan sekitar 5 minit trekking saya melihat 2 bungkah batu besar di tebing sebelah kanan trek yang dikenali sebagai "love stone". Sepanjang trek kami masih dijamu dengan pemandangan indah.






       Kami bergerak agak santai melalui trekking turun dan singgah sebentar di setiap point untuk melihat pemandangan. Bunga Rhododendron masih berbunga ketika ini dan mewarnai trek padang rumput yang sudah mulai bertukar warna.




 

    Seterusnya kami singgah di point yang boleh melihat 2 Pagoda raja dan permaisuri iaitu Chedi Naphamethinidon dan Naphaphonphumisiri.



       Kemudian kami meneruskan trekking dan memasuki hatan pokok berlumut sehingga  ke air terjun kedua. Sebenarnya terdapat banyak air terjun di Gunung Inthanon ini cuma kami melintasi 2 air terjun sahaja untuk trek ini. Kami akhirnya menyudahi trekking ini hingga ke pintu masuk pada pukul 13:00 iaitu setelah trekking selama 1 jam 50 minit.

Tongkat percuma daripada batang buluh 
     Doi Inthanon mengambil nama sempena nama seorang raja yang memerintah Chiang Mai satu ketika dahulu. Jika kita bercadang trekking ke Kew Mae Pan Trail sendiri, pintu masuk ke trail ini terletak di sebelah kanan jalan menuju puncak gunung dan terdapat parking yang luas, tandas dan pondok pengawal. Saya berharap akan ke sini lagi di musim bunga. Terima kasih Allah.


Nota:
1- Ticket masuk ke Taman Negara Doi Inthanon adalah 300 THB bagi pelancong asing.
2- Kew Mae Pan Trail dibuka 7 bulan sahaja setahun (November hingga May).
3- Bayaran seorang guide 200 THB (Maximum 10 pendaki)
4- Masa sesuai ke sini adalah dari November hingga February.
5- Jika pergi di musim panas (March hingga May) kelengkapan pelindung panas dicadangkan seperti day cream, topi dan kaca mata.
6- Mineral water 1 liter.


2 ulasan: