Walaupun ketinggiannya mencecah 2565 mdpl, namun puncaknya merupakan antara puncak paling mudah untuk dicapai. Gunung Inthanon atau dalam bahasa Thailand bermaksud Doi Inthanon ini merupakan bumbung negara Thailand, yang berdiri di Banjaran Himalaya yang menganjur dan terletak di Taman Negara Doi Inthanon di Chiang Mai, 700 kilometer utara Bangkok. Saya ke sini pada awal March 2017 dan menyertai "open trip" untuk pakage ke gunung ini. Dari Chiang Mai saya bertolak seawal 7:00 pagi setelah pemandu van menjemput semua peserta yang menginap dari berbagai hotel. Jarak Taman Negara Doi Inthanon sekitar 100 kilometer dari Chiang Mai dan perjalanan mengambil semasa sekitar 1 jam 30 minit. Terdapat trail pendek dari parking kenderaan di puncak gunung ini. Trek ini dibuka sepanjang tahun dan 20 minit diperlukan untuk menuju puncak tertinggi Negara Thailand ini.
Di Kew Mae Pan Natura Trail terdapat 21 point tempat berehat dan melihat pemandangan dan 2 hingga 4 jam diperlukan untuk menghabiskan trekking di trail ini. Kami memulakan trekking di trek ini sekitar jam 11:10 minit pagi setelah melawat taman bunga dan 2 pagoda Raja dan Permaisuri di puncak gunung ini. Setelah melaporkan diri, kami seramai 8 orang peserta diperkenalkan kepada guide yang akan menunjuk arah dan menemani kami sepanjang trekking nanti.
Trekking di kawasan terbuka ini kita bebas menyaksikan panorama di Gunung Inthanon dan angin pula bertiup nyaman. Kami trekking di padang rumput ini sehingga sampai di point ke sembilan di mana tempat terbaik melihat panorama di trek ini. Pelantar kayu dan bangku dibina di tebing point ini agar pengunjung selesa menyaksikan pemandangan sambil berehat menghidu udara segar.
Setelah berehat kurang lebih 20 minit di sini, kami meneruskan trekking menyusuri tebing di gunung ini dan sekitar 5 minit trekking saya melihat 2 bungkah batu besar di tebing sebelah kanan trek yang dikenali sebagai "love stone". Sepanjang trek kami masih dijamu dengan pemandangan indah.
Seterusnya kami singgah di point yang boleh melihat 2 Pagoda raja dan permaisuri iaitu Chedi Naphamethinidon dan Naphaphonphumisiri.
Tongkat percuma daripada batang buluh |
Nota:
1- Ticket masuk ke Taman Negara Doi Inthanon adalah 300 THB bagi pelancong asing.
2- Kew Mae Pan Trail dibuka 7 bulan sahaja setahun (November hingga May).
3- Bayaran seorang guide 200 THB (Maximum 10 pendaki)
4- Masa sesuai ke sini adalah dari November hingga February.
5- Jika pergi di musim panas (March hingga May) kelengkapan pelindung panas dicadangkan seperti day cream, topi dan kaca mata.
6- Mineral water 1 liter.
2 ulasan:
Terbaik
Terima kasih
Catat Ulasan