Ahad, 3 April 2016

Gunung Bujang Melaka.

      Mendaki gunung Bujang Melaka ini saya anggap sebagai latihan dan persediaan untuk xpdc mendaki Gunung Kerinci pada minggu hadapan. Telah menjadi kebiasaan saya mendaki gunung di Malaysia sebelum mendaki gunung yang melebihi ketinggian 3000 meter sebagai warm-up. Gunung Bujang Melaka terletak di Kampar Perak dengan ketinggi 1234 meter dan amat sesuai untuk memanaskan badan setelah beberapa bulan tidak mendaki. Saya mendaki gunung ini pada hujung bulan February 2016. Kami berkumpul di Masjid An Nur di Kampar dan memulakan pendakian sekitar pukul 11:45 pagi. Dari Masjid An Nur kami menyusuri jalan di taman perumahan hingga ke air terjun Batu Berangkai.



        Kami kemudiannya mendaki secara santai setelah segala keperluan lengkap dan bersedia. Pendakian awal kami menyusuri anak sungai. Pada pendapat saya, 2 jam pertama mendaki, trek agak landai. Kami melalui kebun buah, hutan dan kebun getah sehingga ke pondok terakhir orang asli.


Pondok terakhir


         Dua jam berikutnya trek agak pacak dan ada sebahagian trek kami terpaksa menggunakan tali untuk memanjat. Masa normal dari Masjid An Nur ke tapak khemah Kem Lebah mengambil masa sekitar 4 jam. Kami yang bergerak secara santai sampai di Kem Lebah pukul 5:00 petang. tapak khemah di Kem Lebah agak luas dan rata sehingga boleh memuatkan pendaki sekitar 100 orang dalam satu masa. Punca air pula terletak berhampiran tapak khemah.



Tapak khemah di kem Lebah.


       Keesokan paginya kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Bujang Melaka. Saya tidak ke puncak kerana tujuan saya hanyalah untuk warp-up dan saya pernah ke puncak Gunung Bujang Melaka beberapa tahun yang lalu. Perjalanan ke puncak mengambil masa sekitar 1 jam dari Kem Lebah.

Gambar saya di puncak beberapa tahun yang lalu.





        Hari kedua setelah semua pendaki turun dari puncak, kami makan, berkemas dan bersedia untuk turun. Dalam perjalanan turun kami singgah di sungai untuk mandi manda.





Nota:
1- Bayaran permit mendaki Gunung Bujang Melaka adalah Rm 10 bagi setiap orang dan dibayar kepada Jabatan Hutan Negeri Perak.
2- Guide:
A) Alen - 0125762402
B) Yoyo - 0135179191


4 ulasan:

Unknown berkata...

boleh tanya macam mana bayar rm 10 ke jabatan hutan negeri perak ? pos bayar?nak apply dulu kah?

Jurimahmohdariffin berkata...

masa buat,serah atau ambil permit boleh bayar kat jabatan hutan.

Unknown berkata...

Boss guide kira macam mana yer... Tinggi tak bayaran guide

Jurimahmohdariffin berkata...


jika mendaki daypack, bayaran guide adalah rm280, jika mendaki 2h1m, bayaran guide adalah rm200 per day. untuk kepastian saudara boleh hubungi guide yang saya cadangkan dibawah cerita gunung ini.