Perjalanan bermula dari Miri setelah kami bermalam di bandar ini. Kami menaiki pesawat (Twin Otter) Mas Wing ke Ba'Kelalan dan penerbangan ini singgah sebentar di Lawas untuk menurun dan mengambil penumpang.
Airport Lawas. |
Bersama teman pendaki di airport Ba'Kelalan |
Bersama Pak Tagal. |
Trekking ke Kem Gereja mengambil masa hampir 4 jam dan trek tidak sesukar mana, mungkin kerana trek ini sering digunakan penduduk tempatan untuk ke Kem Gereja setiap kali upacara keagamaan diadakan di sana. Menurut guide setiap keluarga mempunyai sebuah rumah di Kem Gereja dan penganut Kristian Lun Bawang telah membina pelantar papan ke Kem Gereja untuk memudahkan perjalanan mereka ke sana. Majlis keagamaan diadakan setiap tahun pada bulan July. Setelah berjalan kurang lebih 2 jam kami sampai di pelantar papan ini, sebahagian pelantar ada yang telah rosak dan kami menitinya hampir 2 jam untuk ke Kem Gereja. Kami sampai di Kem Gereja hampir pukul 7:00 malam bertemankan lampu picit memandangkan waktu malam di sini lebih awal dari Semenanjung. Keesokan paginya barulah kami melihat pemandangan di Kem Gereja.
Puluhan rumah di Kem Gereja. |
Pak Baru dan porter. |
Air sungai yang dipenuhi buih putih. |
Kami berjalan sehingga ke Kebun Batu, dan menurut seorang teman saya, meteor pernah jatuh di kawasan ini satu masa dahulu. Di Kebun Batu, bentuk batunya ada yang menyerupai binatang dan kami merakam gambar, berehat dan makan tengah hari di sini.
Setelah berehat agak lama di sini, Pak Baru mengajak kami meneruskan pendakian ke puncak Murud kerana katanya perjalanan masih jauh. Namun setelah mendaki hampir 30 minit, kami sampai di puncak Murud 2423 mdpl pukul 12:00 tengah hari. Suara sorakan bergema dan kami merakam gambar kenangan dan kejayaan di puncak ini dengan berbagai kejadian lucu yang dicetuskan oleh Pak Baru. Selama sejam di puncak, bergambar dengan berbagai gaya dan cerita, kami kemudiannya bergerak turun dan sampai di Kem Gereja pada pukul 4:10 petang.
Gambar kenangan semua peserta. |
Dua puncak di kiri itu Batu Lawi. |
Kami tiba di sebuah pondok di Long Repung kurang lebih pada pukul 5:00 petang. Pondok ini terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia, menjadi kepunyaan 2 negara dan berkhidmat untuk rakyat 2 negara juga. Ada sebatang sungai berhampiran pondok ini dan teman pendaki yang membawa jaring cuba memasangnya, tetapi air sungai yang deras telah menghanyutkan jaringnya malam itu. Hari keempat xpdc, kami ke Bario, perjalanan bermula selepas sarapan sekitar jam 9:00 pagi. Hari ini kami mendaki dan menuruni banyak bukit, melalui paya selepas bukit terakhir amat meletihkan tambahan pula terdapat banyak pacat di sepanjang xpdc. Di pertengahan jalan kami singgah di Pa'Lungan sekitar jam 1:00 petang. Kami berehat agak lama di kampung ini, tambahan pula Deeno yang sudah beberapa kali ke Gunung Murud kenal seorang guide di kampung ini.
Rumah di kampung Pa'Lungan. |
Bersama porter |
Pak Baru dan porter berangkat pulang ke Ba'Kelalan. |
Permandangan sekitar kampung Bario. |
Rumah panjang di Bario. |
Itinerary:
Day 1
08:00 Miri ke Ba'kalalan (Twin otter).
10:00 Sampai Ba'kalalan, berehat dan bersedia untuk mendaki.
12:00 Berangkat ke Lepo Bunga (4WD)
14:00 Sampai Lepo Bunga, makan tengahari.
15:00 Mula trekking ke Kem Gereja.
19:00 Sampai Kem Gereja, bermalam.
Day 2
08:00 Daypack ke puncak Gunung Murud.
10:30 Makan tengahari di Kebun Batu.
11:30 Meneruskan pendakian.
12:00 Sampai puncak Gunung Murud.
13:00 Mula turun ke Kem Gereja.
16:10 Sampai Kem Gereja, bermalam.
Day 3
09:00 Mula trekking ke Long Repong.
10:00 Singgah di Batu Linanit.
12:00 Makan tengahari di tapak perkhemahan Pa'balalan.
17:00 Sampai Long Repung, bermalam.
Day 4
09:00 Mula trekking ke Bario.
13:00 Singgah di Pa'lungan.
14:30 Meneruskan trekking ke Bario.
18:00 Sampai Pa'ukat.
19:00 Sampai Bario, bermalam.
Day 5
Berehat dan bersiar di sekitar perkampungan Bario.
Day 6
Berangkat pulang ke Miri.
Nota:
1- Info Gunung Murud, Taman Negara Pulong Tau.
2- Sediakan pakaian pelindung pacat seperti leech sock, spray serangga dan crime luka.
3- Contact :Deeno +6012 6294083
6 ulasan:
assalammualaikum...
saya tertarik dengan perjalanan kalian.. boleh dapatkan contact person incharge gunung murud?
wsalam. saudari boleh hubungi ketua team kami semasa mendaki gunung ini iaitu encik denno di talian 012 6294083. terimakasih kerana membaca blog saya.
Terima kasih pekongsiannya.
sama-sama & terima kasih juga sudi baca blog saya.
Terima ksh ats perlongsian anda.
Terima kasih singgah di blog saya.
Catat Ulasan