Teman kami yang terakhir sampai di Laban Rata sekitar pukul 4:00 petang. Saya dan teman-teman yang lain menunggunya di dewan makan. Kami makan malam dan kemudian ke Pendant Hut, tempat kami bermalam. Di sana kami berbincang dan berlatih menggunakan harness dari pihak Mountain Torq memandangkan kami tidak pernah mendaki gunung yang menggunakan teknikal. Setelah mendapat taklimat, belajar teknik menggunakan harness dari pihak Mountain Torq, kami pun tidur kerana pendakian ke puncak akan bermula seawal 2;00 pagi. Tepat pukul 2:15 pagi kami mula mendaki dari Pendant Hut dan saya sampai di puncak sekitar pukul 6:30 pagi. Setelah mengambil sekeping gambar yang kabur dan dengan bilangan pendaki yang bertambah di puncak gunung, saya dan teman-teman bergerak turun ke Sayat-Sayat untuk memulakan Via Ferrata.
Semasa dalam perjalanan turun ke Sayat-Sayat Hut, kami jumpa seorang teman yang dalam perjalanan ke puncak dan kami menggalakannya meneruskan pendakian ke puncak kerana pasti dia tidak boleh menyertai kami ke Via Ferrata atas sebab kelewatan. Untuk melakukan Via Ferrata kami mesti sampai di Sayat-Sayat sebelum pukul 8:00 pagi. 2 dari kami hanya menunggu di Pendant Hut kerana letih dan malas mendaki di awal pagi dalam cuaca yang sangat sejuk, seorang teman yang sampai awal di Sayat-Sayat tidak mahu menyertai kami melakukan Via Ferrata kerana gementar dan gayat manakala seorang lagi pula menarik diri kerana lututnya mulai sakit. Jadi dari 8 orang antara kami, cuma 3 orang sahaja yang meneruskan Via Ferrata. Terdapat 2 laluan Via Ferrata iaitu Walk The Torque dan Low's Peak Circuit.
Low's Peak Circuit bermula di ketinggian 3776 mdpl dan berakhir di ketinggian 3411 mdpl. Panjang Via Ferrata Low's Peak Circuit adalah 1.2 km dan 4 hingga 6 jam diperlukan untuk melengkapkannya. Via Ferrata ini sangat mencabar dan sesuai untuk pendaki yang berjiwa kental. Satu lagi laluan Via Ferrata adalah Walk The Torque yang bermula dari ketinggian 3520 mdpl dan berakhir juga di ketinggian 3411 mdpl. Panjang Via Ferrata Walk The Torque adalah 430 meter dan anggaran masa yang diperlukan untuk menghabiskannya adalah 2 hingga 3 jam bergantung kepada jumlah bilangan pendaki sesuatu kumpulan. Kami yang kurang berpengalaman dan pertama kali mencuba hanya memilih Via Ferrata Walk The Torque. Via Ferrata Walk The Torque lebih ringkas, mudah dan amat sesuai untuk pendaki yang kurang berpengalaman mendaki gunung teknikal ataupun pendaki yang hanya ingin mencuba via ferrata.
Via Ferrata pertama dibina di Gunung Dolomite, Italy semasa perang dunia pertama dan Via Ferrata Gunung Kinabalu merupakan via ferrata tertinggi di dunia. Sekarang lebih 1000 via ferrata terdapat di seluruh dunia.
Via Ferrata berakhir di sini. |
Bergambar Di Pendant Hut bersama guide via ferrata. |
Kami sampai di pejabat Taman Negara Gunung Kinabalu hampir pukul 5:00 petang. Dari sana kami menaiki bas ke bandar Kota Kinabalu. Walaupun seram dan sedih melihat gambar pendaki via ferrata yang terkorban semasa gempa bumi yang berlaku di Kinabalu tahun 2015, saya tetap akan mendaki via ferrata jika berpeluang kerana "mati itu pasti". Terima kasih Allah.
11 ulasan:
wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...
Terima kasih
Xsangka yg menulis ni pompuan.rasa tercabar sgt.rasanya yg paling sng daki atau vi ferrata?
Terima kasih singgah di blog saya.. Saya suka via farrata lgi..
Salam. Boleh tanya, awak sudah pergi ke via ferrata low's peak circuit?
Oh iye. Adakah berminat untuk ulanginya? Jika iye, saya mahu join the team :)
Dulu2 mencari geng tp sesungguhnya susah nak berjumpa. Kawan2 semua tidak berminat.
Wsalam....belum ada rezki tuan. Saya cuma buat yg pendek sahaja setakat ini...walk the torq.
Boleh tuan....memang bercadang nk buat yg ferrata yang panjang tu.
Ye ke? Best best, please roger me kay jika ada plan ke sana (ros - 012-4408874). Saya ni asyik2 daki laluan biasa shj, itu pun long time ago. 2005 & 2011. Sebelum usia semakin meningkat, berhajat dilunaskan impian ini. TK.
In Sya Allah
Catat Ulasan